Sebagai inspektor polis Inspektor Shiratori

Setelah dewasa, Shiratori menyertai Jabatan Polis Metropolitan Tokyo dan bekerja bersama-sama Inspektor Megure, sering bertindak sebagai pegawai tambahan terutama untuk kes-kes yang rumit, walaupun dia kemudiannya menjadi inspektor dan menyelesaikan kes-kesnya sendiri.

Dalam episod 146 (musim ke-6) iaitu Metropolitan Police Detective Love Story, beliau diperkenalkan sebagai pegawai yang telah dinaikkan pangkat dari penolong inspektor ke pangkat inspektor.

Sebagai seorang pegawai polis, Shiratori agak sederhana, setanding dengan Sato atau Megure. Dia lebih tenang menangani kes berbanding Takagi atau Sato. Shiratori, seperti Sato dan Takagi, percaya bahawa Conan sangat bijak berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya, tetapi tidak seperti Takagi dan Sato, beliau biasanya tidak begitu menghiraukan pendapat Conan. Shiratori sering merasakan Conan gemar mengganggu tugas polis, walaupun Conan sentiasa membuktikan sebaliknya. Walau bagaimanapun, tidak seperti Kogoro, Shiratori akan mengambil perhatian dan mengesyaki sesuatu jika Conan menyebut sesuatu yang agak menarik dan tidak terlintas di fikiran pegawai polis yang lain.

Persaingan cinta tiga segi

Apabila Detektif Sato menyertai jabatan itu, Shiratori percaya bahawa dia telah menemui kembali cinta zaman kanak-kanaknya, dan hasilnya beliau dan rakan sekerja yang lebih muda iaitu Detektif Takagi saling bersaing untuk menawan hati Detektif Sato. Malah Shiratori menjadi 'pemimpin' sekumpulan polis secara rahsia yang bermotif melindungi Sato dari perasaan Takagi. Shiratori bersungguh-sungguh mahukan Sato kerana dia percaya Sato adalah budak perempuan yang dia tolong sewaktu zaman kanak-kanak di kedai buku dahulu, yang benar-benar merubah hidupnya sekarang. Dan oleh kerana latar belakangnya sebagai anak orang kaya, Shiratori gemar bersikap angkuh dan sering cuba untuk menunjuk-nunjuk di hadapan Takagi dengan mengajak Sato keluar bersama ke restoran mewah dan sebagainya, tetapi Sato sentiasa menolaknya dan ini mengecewakan Shiratori. Shiratori semakin kecewa apabila Sato memilih Takagi pada akhirnya, namun tetap tidak berputus asa untuk terus berusaha memenangi hati Sato.

Walau bagaimanapun, setelah menyelesaikan satu kes bersama Pasukan Detektif Muda iaitu Memories of the Sakura (musim ke-19), Shiratori akhirnya menyedari bahawa budak perempuan yang ditolongnya di kedai buku dahulu sebenarnya ialah Sumiko Kobayashi, seorang guru di Sekolah Rendah Teitan dan merupakan guru kelas Conan dan ahli-ahli Detektif Muda yang lain. Sebaik saja mengetahui perkara ini, perasaannya terhadap Sato luput sama sekali dan dia akhirnya berjaya menemui cinta sejati yang dicarinya selama ini.